Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

Tawan Hati..^_^

Keunggulan Rasulullah bersifat sempurna dan menyeluruh.
Tetapi yang paling dipuji Allah antara segala keunggulan itu ialah Akhlak Rasulullah SAW yang tinggi.

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi" 


Dengan ketinggian akhlak itulah Rasulullah menyeru kepada Islam.  Lidahnya menuturkan ajaran Al-Quran secara lisan, peribadinya menterjemahkannya dalam Tindakan. Inilah Rahsia Kejayaan Rasulullah saw dalam dakwah dan Tarbiahnya.

Lihat betapa akhlak mulia Rasulullah SAW telah mengislamkan seorang wanita Yahudi yang kerap menaburkan kotoran dan duri di atas jalan yang dilalui Rasulullah saw. Wanita itu akhirnya memeluk Islam apabila  Rasulullah saw menziarahinya ketika dia sedang sakit.

Pada ketika yang lain, Baginda Rasulullah saw hanya tesenyum apabila seorang Arab Badwi menarik kain serban dilehernya sehingga berbekas. Kepada Da'thur yang tiga kali gagal dalam percubaan membunuhnya, Rasulullah saw hanya memaafkan.!

Begitu juga dengan Suraqah yang tersungkur ketika coba menghalang perjalanan hijrahnya.

Akhlak terpuji mampu menawan hati, bayangkan betapa Rasulullah saw sanggup berhenti dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang menagis di tepi jalan pada suatu pagi Hari Raya. Rasulullah SAW bertanya,
"mengapa engkau menangis?" anak kecil itu menjawab " Ayah saya telah syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain"
saya tiada baju baru dan tiada apa pun persediaan untuk berhari Raya.."

Rasulullah SAW mengalirkan air mata, lantas Rasulullah SAW berkata; " Sukakah kamu kalau aku menjadi ayah mu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?

Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak2 itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia itu menjadi ayahnya. Lantas Rasulullah SAW  pun membawa anak kecil itu ke rumahnya dimandikannya, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. 
betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah saw kerana dapat mengembirakannya.

Setelah pembebasan Makkah (Fathu Makkah), di hadapan mereka yang selama ini gigih memusuhi malah pernah berkonspirasi untuk membunuhnya, Rasulullah saw berkata; "Pergilah kamu semua, sekarang kamu sudah bebas"
Begitu suci jiwa Rasulullah mampu memaafkan ketika berkuasa membalas...!

Langkah Rasulullah saw diikuti oleh para sahabatnya, Ibn Umar r.a pernah mengatakan, "Jika engkau mendengar aku mengatakan kepada seorang hambaku, "semoga Allah melaknatimu", maka saksikanlah bahawa aku telah memerdekakannya.
Diriwayatkan bahawa apabila Ibn Umar melihat salah seorang hambanya melaksanakan solat dengan baik, beliau akan memerdekannya.

Langkah itu dikuti pula oleh generasi tabiin dan tabii tabiin. Al -Fudhail bin Iyadh mengatakan,
"Jika seseorang bertindak dengan akhlak mulia dalam segala hal, tetapi ia memperlakukan ayam peliharaannya dengan buruk, maka tidak dapat dianggap berakhlak baik".

Ironinya,
kenapa natijah yang sama belum dapat kita capai, walaupun kita sama-sama mengaku beriman dan beribadah seperti generasi terdahulu itu?

Jaga Hati, Hiasi Perbadi, Moga Bahagia..
Allah Di Hati..
Cakkk!~^_^


ads
Labels: CAHAYA QALBU

Thanks for reading Tawan Hati..^_^. Please share...!

0 Comment for "Tawan Hati..^_^"

Back To Top