~Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh ....
Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Nur yang bermaksud:
"Allah yang menerangi langit dan bumi, perumpaamaan Nur Allah adalah seperti sebuah "Mishkah"(lubang yang tidak tembus) yang di dalamnya ada sebuah pelita, pelita itu di dalam kaca, kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar seperti mutiara, pelita itu dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang diberkati, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat yang minyaknya hampir-hampir memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya, Allah membimbing sesiapa yang dikehendakiNYA kepada Nur HidayahNYa itu dan Allah mengemukakan pelbagai perumpaman untuk umat manusia. Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu..." (Surah Al-Nur 24:35)
Dalam ayat ini, Allah swt telah mendatangkan perumpamaan mengenai hidayah yang Allah pancarkan kepada hambaNYA...
Al-Quran mendekatkan pemahaman terhadap nur ilahi (Cahaya Allah) dengan membuat perumpamaan terdekat yang dapat dirasai oleh pancaindera secara umum.
Perumpamaan ini adalah perumpamaan Hidayah Allah kepada kaum Mukminin.
Allah swt akan membimbing dan menunjukkan jalan kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki melalui CahayaNYA iaitu petunjuk Hidayah.
Allah swt membuat perumpamaan ini sebagai peringatan bagi manusia untuk menjadi orang yang benar dan beriman.
Allah Maha Mengetahui sama ada sesorang itu tergolong dalam golongan yang benar serta mendapat Hidayah NYA atau golongan yang terus berada dalam kesesatan.
Ilmu Allah meliputi segalanya.
iya...
Allah swt akan mengeruniakan hidayah kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hambanya yang mahu dan berusaha untuk mencari hidayahNYA. Ada orang yang tidak beriman dan ada juga yang gemar melakukan maksiat memberikan alasan bahawa dia tidak mendapat Hidayah...
Lalu dia terus berada dalam keadaaan sedemikian sehingga penghujung nyawanya, adakah dia ingin menyalahkan Allah atas tindakannya tidak beriman dengan alasan sebegitu?
Ada pula yang terlibat dengan perbuatan maksiat memberikan alasan bahawa Allah swt telah mentakdirkan kehidupannya begitu, lantas dia redha dengan sesuatu yang telah ditakdirkan...Nauzubillah.....
Hakikatnya,
golongan sedemikian telah berjaya diperdaya oleh bisikan syaitan, kesan daripada keengganannya untuk mencari Hidayah...
Sekiranya seseorang itu mahu menggunakan alasan takdir untuk memberi kebebasan kepadanya dalam melakukan apa sahaja, adakah dia sanggup untuk membiarkan dirinya diseksa dengan alasan takdir yang ditentukan begitu?
Allah swt telah mengeruniakan hidayah akal kepada manusia supaya manusia dapat menggunakan akal untuk berfikir dan mencari kebenaran.
Apabila seseorang itu sudah mencapai umur baligh, akalnya sudah sempurna dan cerdik, maka menjadi kewajipannya untuk mencari hidayah Allah SWT dan menuju ke arah jalan yang benar.
Justeru, kanak-kanak yang meninggal dunia dalam usia yang belum baligh, mereka tidak dianggap sebagai sesorang yang kufur, walaupun mereka itu anak paderi atau anak sami sekalipun.
Hal ini kerana akal mereka belum sempurna, maka mereka belum lgi berkewajipan untuk mencari hidayah.
Namun, berbeza dengan seseorang yang sudah baligh dan dewasa, dia berkewajipan "mencari" Allah dan hidayahNYA.
Kisah sahabat Nabi saw, Salman Al-Farisi yang mencari hidayah boleh dijadikan contoh, walaupun asalnya dia beragama Majusi, penyembah api, namun dia tidak berputus asa untuk mencari hidayah Allah. Setelah menemui agama nasrani, beliau merasakan bahawa pencarian beliau belum lagi selesai. Akhirnya, berkat kesabaran dan usaha yang berterusan untuk mencari hidayah, beliau pun mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Hidayah agama, merupakan hidayah yang perlu dicari oleh setiap manusia, mereka yang berusaha mencari dan memprolehi hidayah ini, sudah tentulah akan terbentang luas di hadapannya jalan kebenaran menuju redha Allah swt.
Nabi saw bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka akan difahamkannya pada perkara agama"
(Riwayat Ahmad)
Ini bermakna orang yang faham agama, faham syariat Allah serta melaksanakan syariat dalam kehidupannya, maka nilaiannya di sisi Allah sangat baik dan dia memperoleh keredhaan di sisi Allah.
Rasulullah saw juga berpesan:
"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikkan untuknya, diberinya kefahaman yang mendalam mengenai agama. Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yagn mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya, berwaspadalah kamu daripada perangai puji-memuji, sesungguhnya pujian itu ialah sembelihan"
(Riwayat Ahmad).
Benarlah apa yang disabdakan oleh rasulullah saw dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud:
"Dua nikmat yang ramai manusia tertipu dan terpedaya dengannya; nikmat sihat dan nikmat masa lapang".
Manusia yang terpedaya dengan kedua dua nikmat tersebut ialah mereka yang tidak menggunakan nikmat tersebut dalam usaha untuk mencari Hidayah Allah swt.
Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia
Allah Di Hati....
Cakk~!~^_^

Labels:
Hikmah
Thanks for reading Laksana Bintang Bersinar^_^. Please share...!
0 Comment for "Laksana Bintang Bersinar^_^"